Menurut Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang, negeri selatan itu akan mengadakan Tahun Melawat Johor tahun depan sekali gus menjadi sasaran pengunjung memilih destinasi percutian mereka nanti.
“Berdasarkan statistik Jabatan pelancongan negeri, Johor mencatat sebanyak 7.8 juta kemasukan pelancong tahun lalu dan selari dengan Tahun Melawat Johor 2020, Pameran Matta tahun ini diharap dapat menggalakkan lagi industri pelancongan di sana sekali gus mampu meningkatkan kemasukan sehingga 8.4 juta pelancong tahun depan.
“Kemasukan pelancong dalam dan luar negara ke negeri itu adalah bukti bahawa Johor muncul sebagai destinasi pelancongan utama negara yang mempunyai produk pelancongan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelancong antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar sempena pameran tersebut di Ibu pejabat MATTA di sini hari ini.
Source:
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/johor-jadi-pilihan-matta-1.960584