Merchantrade Kembali Sebagai Rakan Pertukaran Wang Rasmi MATTA Fair
- Details
- Published on Wednesday, 29 August 2018 11:12
- Hits: 1795
Merchantrade – jenama pertukaran mata wang digital dan tunai terbesar kini kembali beraksi di Pameran MATTA
MERCHANTRADE Asia Sdn Bhd (Merchantrade), jenama pertukaran mata wang terbesar di Malaysia yang dipercayai oleh berjuta-juta pelanggan kini kembali untuk kali ke-empat berturut-turut sebagai rakan pertukaran wang rasmi di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Pameran MATTA) yang akan diadakan dari 7 hingga 9 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata, syarikat itu berbesar hati kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada pameran pelancongan terbesar di Malaysia, sekaligus mengukuhkan kehadirannya di negara ini sebagai jenama pertukaran mata wang digital dan tunai pilihan di kalangan pelancong dan pengembara.
“Kami berharap dapat memberi pengalaman menakjubkan dengan memberikan kadar dan tawaran terbaik kepada pelancong dan pengembara semasa Pameran MATTA lebih-lebih lagi apabila mereka mengetahui yang mereka telah mengunci kadar pertukaran terbaik dengan Merchantrade.
Oleh itu, kami mengalu-alukan pengunjung untuk merebut peluang ini dan mendapatkan tawaran terbaik yang disediakan oleh kami. Kami menjadikannya begitu mudah untuk pelanggan dan pengunjung kami,” kata Ramasamy.
Kami telah sejak sekian lama menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang untuk para pelanggan.
Pameran MATTA adalah cara terbaik untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami serta pengunjung dengan menawarkan perkhidmatan inovatif lagi menarik termasuk kad Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money, pertukaran wang dalam talian eForex dan melalui kaunter untuk kemudahan pengguna menukar mata wang asing mereka dan mendapatkan kadar pertukaran terbaik untuk perjalanan mereka ke luar negara.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk meletakkan nama peribadi pada kad mereka yang akan dicetak serta merta apabila mereka mendaftar untuk kad pelbagai mata wang.
Faedah menarik lain termasuk pemindahan wang dengan lancar untuk anak-anak yang sedang menuntut di luar negara, pembantu rumah boleh menghantar wang dengan mudah kepada orang tersayang dan ekspatriat dapat mengirim pendapatan mereka dengan mudah ke negara asal mereka.
Bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pertukaran wang dalam talian eForex, mereka boleh mengambil mata wang mereka kemudian di mana-mana pusat pengambilan pilihan atau menggunakan perkhidmatan penghantaran yang membolehkan mata wang mereka dihantar terus ke rumah.
Sementara itu, perkhidmatan inovatif digital terkini Merchantrade, kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money menawarkan nilai wang kepada pelanggan apabila mereka boleh mengunci kadar pertukaran pada masa pembelian mata wang asing tanpa terjejas oleh naik turun kadar pertukaran mata wang asing semasa melancong ke luar negara.
“Kami melihat perniagaan kami lebih daripada sekadar menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang. Perancangan percutian boleh menyebabkan tekanan dan disebabkan itu kami ingin menawarkan produk perkhidmatan wang inovatif seperti Merchantrade Money yang menjadikan kehidupan pelanggan lebih mudah dan selesa,” kata Ramasamy.
“Merchantrade terus berkembang pesat dan menjadi peneraju dalam merevolusi industri dengan peningkatan fokus dalam penawaran digital, terutama cara yang lebih mudah dan selamat untuk membawa mata wang asing ketika mengembara ke luar negara.”
Ciri utama kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money ialah ia boleh menukar Ringgit Malaysia secara digital ke dalam pelbagai mata wang, pada kadar pertukaran kompetitif yang dikehendaki oleh para pelanggan.
Pengembara kini boleh bercuti dengan senang hati dan tidak perlu bimbang tentang naik turun kadar pertukaran. Wallet pelbagai mata wang ini menawarkan sebelas mata wang termasuk Dolar Amerika, Dolar Singapura, Pound Sterling, Dolar Australia, Rupiah Indonesia, Euro, Baht Thailand, Yen, Saudi Riyal, dan Renminbi China.
Kad prabayar pelbagai mata wang ini boleh digunakan di 44 juta rangkaian peniagaan Visa di seluruh dunia.
Pengembara juga boleh melakukan pemindahan wang, pemindahan kad ke kad, menyemak baki kad dan tambah nilai, isian semula langganan pra-bayar mudah alih (domestik dan antarabangsa), mengunci kad, menukar PIN kad atau menyemak perbelanjaan mereka (melalui e-penyata) hanya dengan menggunakan aplikasi mudah alih.
Gerai pameran Merchantrade akan ditempatkan di F1 hingga F4, Dewan 3 di PWTC. Merchantrade akan turut menyediakan kemudahan bagi pengunjung yang ingin mendaftar untuk Merchantrade Money di luar Dewan PWTC.
Bagi Pameran MATTA selama tiga hari ini, syarikat tersebut akan menawarkan promosi istimewa berikut:
eForex dan Pertukaran Wang Melalui Kaunter
• Urus niaga RM12,000 dan ke atas dan dapatkan beg bagasi 20 inci
• Urus niaga RM20,000 dan ke atas dan dapatkan beg bagasi 28 inci
Source: https://prebiu.com/2018/08/29/merchantrade-kembali-sebagai-rakan-pertukaran-wang-rasmi-matta-fair/