2018 MATTA Fair
- Details
- Published on Saturday, 17 March 2018 09:50
- Hits: 1376
Berita Harian Online(www.bharian.com.my)
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan tahun ini mensasarkan 33 juta pelancong daripada seluruh dunia datang ke negara ini sempena MATTA Fair 2018 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata tumpuan utama adalah kepada pelancong dari China dan India kerana penduduk mereka yang ramai.
"Kementerian turut menumpukan kepada pelancong dari negara Eropah dan Asean dengan menyediakan pelbagai tawaran percutian yang menarik.
"Ia membabitkan kerjasama daripada sektor perhotelan dan syarikat penerbangan sebagai nilai tambah supaya mereka dapat merasai pengalaman menarik ketika bercuti di negara ini.
"Tahun ini, kementerian mensasarkan jumlah pendapatan daripada pelancongan sebanyak RM200 juta berbanding RM180 juta pada tahun lalu," katanya pada majlis pelancaran MATTA Fair di PWTC, hari ini. Acara selama tiga hari itu bermula semalam.
Kata Rashidi, kerajaan menyediakan pelbagai insentif kepada agensi pelancongan seperti kemudahan pinjaman kewangan dan rebat cukai supaya mereka dapat menambah kemudahan seperti bas pelancongan dan sebagainya.
Tahun ini, lebih 400 ruang pameran dibuka, membabitkan 250 syarikat tempatan dan luar negara, dengan sasaran nilai jualan mencecah RM210 juta. Jepun dan Korea Selatan adalah pempamer terbesar diikuti India, Indonesia serta Filipina.
Read more:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/400533/mattafair-2018