Main content

MATTA Tidak Berminat Jalin Kerjasama Dengan Korea Utara

 

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) tidak berminat untuk menjalin kerjasama dengan industri pelancongan di Korea Utara.

Presidennya Datuk Hamzah Rahmat berkata ini kerana kerjasama itu memerlukan penglibatan 'orang tengah' dari negara lain.

"Lagipun jarang-jarang sekali rakyat kita melancong ke sana kerana perjalanan ke sana (Korea Utara) bukan mudah. Jika adapun atas urusan rasmi sahaja," katanya kepada Bernama.