MATTA Fair galak pelancongan domestik
- Details
- Published on Wednesday, 19 August 2015 00:57
- Hits: 5482
MATTA Fair galak pelancongan domestik
18 Ogos 2015 1:56 AM
0 0 Google +0
PHUA TAI NENG (kiri) dan Iskandar Mirza Mohd. Yusof dalam sidang akhbar berhubung penganjuran MATTA Fair 2015 yang bakal diadakan September ini.
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) September 2015 akan menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk menggalakkan pelancongan domestik.
Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng berkata, kerjasama antara Tourism Malaysia telah memacu pihaknya untuk terus berusaha memberi sumbangan serta sokongan terhadap perkembangan pelancongan domestik.
“Objektif pameran ini sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mempromosikan pelancongan dalam negara, ia secara tidak langsung menjadi platform kepada pengusaha industri tempatan memasarkan perkhidmatan masing-masing.
“Usaha ini dilihat dapat menyemarakkan industri apabila tahun lalu jumlah pelancong domestik di Malaysia mencatat kenaikan sebanyak 11.6 peratus kepada 60.7 juta berbanding 54.4 juta pada tahun 2013,” katanya dalam sidang akhbar MATTA Fair September 2015 di sini hari ini.
MATTA Fair September 2015 akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 10 pagi sehingga 9 malam.
Dalam pameran itu, orang ramai berpeluang memilih pelbagai pakej pelancongan luar dan dalam negara yang disediakan di 1,233 gerai di dalam enam dewan yang berkeluasan 27,400 meter persegi.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd. Yusof berkata, corak perjalanan dan percutian masyarakat tempatan telah berubah apabila mereka memilih pakej percutian atau menginap di hotel ketika menziarahi kenalan.
“Keadaan yang berlaku hari ini kami gunakan sebagai peluang untuk terus mempromosikan pakej domestik, tambahan pula keadaan mata wang negara berada pada tahap tidak kukuh.
“Tourism Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan MATTA dan untuk bulan depan, kira-kira 110 peserta di bawah naungan kami akan mengambil bahagian,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/matta-fair-galak-pelancongan-domestik-1.125625#sthash.z2FKXqpD.dpuf